Wednesday, 23 January 2013

jom kenal si migrain


Penyakit migrain adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang kena serangan migrain sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang2 kala mereka merasa loya dan termuntah. Sering juga mereka juga boleh tahu yang mereka akan terkena serangan migrain, bila mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.
Sebab-sebab migrain adalah terlalu banyak seperti tekanan perasaan, keresahan, kurang makan atau tidur, terdedah kepada cahaya silau atau turun naik hormon semasa haid (bagi wanita).
setengah doktor percaya migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut. Penemuan baru juga mengatakan ada ia adalah masalah keturunan (gene). Perubatan moden dapat mengurangkan kesakitan migrain dan juga mencegahnya. Ramai juga yang mendapati kaedah yang mengurangkan stres seperti biofeedback, mengendurkan otot-otot dan pernafasan perlahan-lahan juga bermanfaat.
ini termasuk lah aku! huh x jemput datang pun dia nk datang jgk..x tahu malu la migrain ni! hehehe hope info ni berguna..XOXO -nia-

No comments:

Post a Comment