Sunday, 10 February 2013

sejarah HARI ]kekasih

Valentine adalah seorang pendeta yang hidup di Roma pada abad ke-III. Beliau hidup di kerajaan yang  itu dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal kejam. Ia sangat membenci kaisar tersebut. Claudius memiliki pasukan tentera yang besar, ia ingin semua jejaka di kerajaannya bergabung di dalam asukan tenteranya.

Namun sayangnya keinginan ini tidak dipedulikan. Para jejaka x nak terlibat dalam peperangan. sbb diorang x nak meninggalkan keluarga dan kekasih hati masing2. Hal ini membuat Claudius marah, dia segera memerintahkan pejabatnya untuk melakukan sebuah idea gila.

Claudius berfikir bahwa jika para jejaka tidak berkahwin, mereka akan senang hati masuk ke dlm kump. tentera. Lalu Claudius melarang adanya perkahwinan. Pasangan muda saat itu menganggap keputusan ini sangat tidak masuk akal. Kerananya St. Valentine menolak untuk melaksanakannya.

St. Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu menikahkan para pasangan yang tengah jatuh cinta meskipun secara rahsia. perbuatan  ini akhirnya diketahui oleh kaisar yang segera memberinya peringatan, namun ia tidak menhalang valentine daripada melaksanakn perkahwinan.

Sampai pada suatu malam, valentie tertangkap semasa  memberkati salah satu pasangan. Pasangan tersebut berjaya melarikan diri. dia dimasukkan  ke dalam penjara dan di hukum mati dengan dipenggal kepalanya. Bukannya dihina oleh orang-orang, St. Valentine malah dikunjungi banyak orang yang menyokong aksinya itu. Mereka melemparkan bunga di jendela penjara dimana dia ditahan.

Salah satu dari orang-orang yang percaya pada cinta kasih itu adalah anak perempuan kepada penjaga penjara sendiri. Sang ayah membenarkan putrinya untuk mengunjungi St. Valentine.mereka berbual lama. Gadis itu menumbuhkan kembali semangat valentine gadis itu berpendapat  bahawa St. Valentine telah melakukan perkara yg betul

Pada hari dia dipenggal kepalanya, iaitu  pada 14 Februari St. Valentine sempat menuliskan sebuah nota untuk gadis yang melawatnya di penjara tadi, ia adalah nota yg bertulis Dengan Cinta dari Valentinemu.

nota itulah yang kemudian mengubah segalanya. Kini setiap tanggal 14 Februari orang di seluruh dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingati St. Valentine sebagai pejuang cinta, sementara kaisar Claudius dikenang sebagai seseorang yang berusaha menghapuskan cinta.

Tapi kita sebagai seorang muslim perlu kuat dgn iman yg ada dlm diri dan hati masing2..gunakan akal yg dikurniakan ALLAH supaya kita tahu bezakan mana baik dan yang mana buruk..jom kita renungkan



 firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
 



Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!!!














No comments:

Post a Comment